4 cedera ambulans terbabas - Utusan Malaysia

4 cedera ambulans terbabas

KEADAAN ambulans St. John yang yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke HPP yang terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok lalu terbalik di Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seramai empat individu cedera selepas sebuah ambulans St. John yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Pulau Pinang (HPP) terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik di Jalan Masjid Negeri, di sini semalam.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu ambulans berusia 22 tahun; pembantu perubatan (28 tahun); pesakit wanita (54 tahun) dan anak perempuannya (24 tahun) mengalami kecederaan antaranya di kepala, muka dan beberapa bahagian badan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan, dalam kejadian 4.40 petang itu, pemandu ambulans dan pembantu perubatan sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara selepas mengambil pesakit dan anak perempuannya untuk dibawa ke HPP.

“Apabila menghampiri Jalan Masjid Negeri (menghala ke Jalan Scotland), pemandu ambulans hilang kawalan menyebabkan ambulans terbabas melanggar pembahagi jalan dan sebatang pokok di sebelah kanan jalan lalu terbalik.

”Pemandu ambulans, pesakit dan anak perempuannya tersepit di tempat duduk dan selamat dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya di sini hari ini.

Saravanan berkata, pemandu ambulans itu mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.

”Pesakit mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya