32 individu dipercayai ejen 'bookie' Piala Dunia ditahan - Utusan Malaysia

32 individu dipercayai ejen ‘bookie’ Piala Dunia ditahan

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 32 individu yang dipercayai terlibat sebagai ejen ‘bookie’ pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Ops Soga IX yang dijalankan sepanjang tempoh 19 November hingga 14 Disember lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sepanjang tempoh berkenaan, polis melancarkan 19 serbuan di seluruh negeri untuk mencegah dan membanteras aktiviti perjudian catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang kejohanan Piala Dunia berlangsung.

”Individu yang ditahan terdiri daripada 28 lelaki warga tempatan serta empat warga asing.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM64,873, 26 unit telefon bimbit termasuk sim kad, satu unit komputer riba, satu unit modem dan tujuh kertas catitan dalam operasi itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Ops Soga IX itu juga dijalankan bagi menangkap mana-mana individu yang bertindak sebagai ‘bookie’ seterusnya mendakwa mereka di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertaruhan 1953.

“Kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4 (1) (d) Akta Pertaruhan 1953,” katanya.

Tambah beliau, polis Pulau Pinang komited dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat menganjur serta menjalankan aktiviti pertaruhan tanpa lesen berlandaskan undang-undang sedia ada.

”Polis juga memohon kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan pertaruhan bola sepak melalui hotline Bilik Gerakan Polis Pulau Pinang menerusi talian 04- 2221522 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya