319 polis mengundi awal Pilihan Raya Bagan Serai, DUN Tioman

319 polis mengundi awal Pilihan Raya Bagan Serai, DUN Tioman

SERAMAI 319 anggota polis mengundi awal pada Pilihan Raya Padang Serai dan DUN Tioman, esok. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 319 anggota polis polis bakal mengundi awal esok pada Pilihan Raya Bahagian Parlimen P.017 Padang Serai dan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.42 Tioman,  Pahang.

Ia meliputi masing-masing 76 orang dan 243 orang pengundi awal di kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pelaksanaan proses pengundian itu masing-masing diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, mulai pukul  8.00 pagi hingga 2.00 petang dan di Bilik  Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin (8.00 pagi hingga 5.00  petang) dan di Bilik Maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman  (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari).

“Pengundi berkenaan dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian melalui portal  semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi  Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui  aplikasi MySPR Semak. 

“Adalah dimaklumkan juga, penandaan dakwat pilihan raya akan  dibuat pada jari kelingking tangan kiri, bagi pengundi yang hadir  pada hari mengundi awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Pada masa sama, SPR menyarankan kepada pengundi yang positif Covid-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi  memudahkan urusan pengundian awal nanti. 

Ikmalrudin menjelaskan, proses pengundian awal ini turut disaksikan ejen-ejen calon yang  bertanding selain disiarkan secara live streaming menerusi Facebook SPR di beberapa Pusat  Mengundi Awal terpilih. 

“Kertas-kertas undi awal tidak akan dibuat pengiraan pada hari  mengundi awal dan kesemua peti undi akan disimpan di lokap balai  polis untuk jagaan selamat. 

“Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dibuat pengiraan pada 7 Disember ini bermula pukul 4.00 petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR serta disaksikan ejen-ejen calon masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya