PETALING JAYA: Seramai 30 penumpang berdepan detik cemas selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas hingga terbalik di Plaza Tol Rawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.06 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba, pasukan penyelamat mendapati sebuah bas membawa 30 penumpang terbabas dan terbalik di tepi lebuh raya.
“Mangsa melibatkan 16 lelaki, 12 wanita dan dua kanak-kanak. Kesemua mereka terselamat manakala dua dilaporkan cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN