PETALING JAYA: Mesyuarat pertama Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi fokus kepada isu ayam termasuk bekalan ayam dan telur di pasaran yang sehingga kini belum ditangani sebaiknya. Utusan Malaysia sejak beberapa bulan lalu konsisten melaporkan mengenai isu tersebut khususnya melibatkan kartel yang menguasai pasaran serta harga ayam. Malah isu terbaharu yang diberitahu sumber industri kepada Utusan Malaysia, lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak seluruh negara kini diambang muflis akibat bebanan hutang yang dikenakan kartel dan penternak bersepadu atau integrator. Hutang-hutang yang tidak masuk akal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya