149 saman dikeluarkan JPJ dalam operasi ambang Krismas - Utusan Malaysia

149 saman dikeluarkan JPJ dalam operasi ambang Krismas

SEORANG anggota JPJ memeriksa sebuah kenderaan dalam operasi penguatkuasaan di Batu Kawan, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Sebanyak 149 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu operasi penguatkuasaan sempena sambutan Krismas di sini, malam semalam.

Operasi yang berlangsung selama lima jam bermula pukul 10 malam itu menyasarkan pengguna yang melalui plaza tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (JSAHMS) atau jambatan kedua.

JPJ negeri dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, operasi terbabit dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang.

“Pelbagai kesalahan dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya sepanjang operasi itu termasuk tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsurans.

“Turut dikesan ialah kesalahan menggunakan cermin (kereta) gelap, nombor pendaftaran ‘fancy’, tidak menampal pelekat P selain kesalahan teknikal seperti mengubahsuai ekzos dan lain-lain,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ negeri menasihatkan para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang- undang semasa memandu.

Pada masa sama, mereka turut diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat semasa di jalan raya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya