138 mangsa banjir masih berada di dua PPS - Utusan Malaysia

138 mangsa banjir masih berada di dua PPS

SEORANG warga emas melihat kesan banjir selepas air surut di pekarangan rumahnya di Kampung Durian Mentangau, Dungun, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu masih kekal seramai 138 orang daripada 41 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mereka kini berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Besut.

“Dua PPS yang beroperasi di daerah tersebut ialah Masjid Kampung La yang menempatkan seramai 126 mangsa daripada 38 keluarga dan Balai Raya Kampung Pantai (12 orang daripada tiga keluarga),” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, mereka kekal berada di dua PPS itu buat sementara waktu kerana kerosakan teruk yang berlaku terhadap rumah dan ada yang dihanyutkan arus deras banjir baru-baru ini.

Sementara itu, keadan cuaca di kebanyakan kawasan di negeri ini diramal baik sepanjang hari.

Bagaimanapun, penduduk tetap dinasihatkan agar berhati-hati kerana gelombang banjir yang seterusnya dijangka berlaku lagi awal Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN