Zuraida manfaatkan 24 jam terakhir

Zuraida manfaatkan 24 jam terakhir

ZURAIDA Kamaruddin memanfaatkan 24 jam terakhir sebelum hari pengundian untuk bertemu penduduk ketika hadir program Hit and Run bagi di Ukay Heights, Ampang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin itu yang mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memanfaatkan masa kurang 24 jam sebelum hari pengundian untuk bertemu seramai mungkin penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, ketika ini fokus disaat-saat akhir tempoh berkempen adalah untuk terus bertemu para pengundi secara dekat dan berusaha untuk meraih sokongan mereka. 

“Cabaran utama kali ini, yang saya percaya turut dirasai oleh kebanyakan parti yang bertanding adalah untuk memperkenalkan logo parti masing-masing. 

“Jadi usaha kami dalam masa kurang 24 jam terakhir ini adalah terus mempromosikan logo PBM kepada seluruh pengundi P.099 Ampang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zuraida yang merupakan penyandang selama tiga penggal yakin para pengundi akan membuat keputusan yang baik demi kestabilan dan kesinambungan pembangunan Ampang. 

“Setelah berkhidmat selama 15 tahun di Ampang, saya percaya penduduk Ampang telah mengenali saya secara dekat dan saya juga telah mengenali mereka. 

“Rekod kerja dan pencapaian saya mentadbir dan mewakili mereka menjangkaui tempoh dua minggu yang telah diberikan untuk berkempen,” ujarnya. 

Dalam itu, Zuraida atau mesra disapa Kak Zu mempelawa semua pengundi untuk keluar mengundi awal pada esok hari bagi mengelakkan kesesakan selain faktor cuaca yang tidak menentu.

“Ramalan cuaca mengatakan esok petang hujan. 

“Tunaikan tanggungjawab dengan memilih calon terbaik yang boleh menjaga kebajikan masyarakat setempat, menyelesaikan permasalahan setempat disamping menyumbang kepada usaha membina kestabilan dan kemakmuran negara. Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya