Zuraida harap pertahan kerusi Parlimen Ampang - Utusan Malaysia

Zuraida harap pertahan kerusi Parlimen Ampang

ZURAIDA Kamaruddin mengundi di Dewan Orang Ramai Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Taman Dato Ahmad Razali pada pukul 9.28 pagi ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tiga penggal selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi pada pukul 9.33 pagi.

Ketika ditemui media, Zuraida yakin akan kembali mempertahan kerusi panas tersebut yang menjadi rebutan lapan calon lain.

“Saya mengharapkan kemenangan kepada saya. Mesti undi akan pecah tetapi siapa dapat pecahan besar dia akan menang. Saya harap saya dapat pecahan terbesar itu.

“Harap pengundi melihat khidmat saya selama 15 tahun di sini,” katanya.

Tambahnya, sentimen memboikot Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini tidak wujud di Parlimen Ampang berdasarkan jumlah penduduk yang keluar pengundi.

“Saya baru balik daripada melawat tiga pusat pengundian dan petanda baik anak muda seawal 7.30 pagi sudah mengundi.

“Di Ukay Perdana dan Lembah Keramat beratur sepanjang 1 kilometer (km) begitu juga di sini,” jelasnya.

Pada PRU14, Zuraida yang ketika itu mewakili PKR menang dengan undi sebanyak 54,307 mengalahkan calon BN, Leong Kim Soon (12,351 undi) dan calon Pas, Nurul Islam Mohamed Yusoff (9,598) sementara Tan Hua Meng daripada Parti Rakyat Malaysia hanya memperoleh 294 undi sekali gus hilang deposit.

Kali ini, Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru. Kerusi Parlimen ini turut dicabar oleh Rodziah Ismail (Pakatan Harapan), Ivone Low Yi Wen (BN), Shasha Lyna Abdul Latiff (PN), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Bryan Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon bebas iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd. Yunos, Tan Hua Meng dan M. Raveendran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya