Zahidi bertanding Bebas di Padang Besar, Titi Tinggi - Utusan Malaysia

Zahidi bertanding Bebas di Padang Besar, Titi Tinggi

ZAHIDI Zainul Abidin berjalan ke pusat penamaan calon di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Padang Besar hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kehadiran Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai calon Bebas di pusat penamaan calon di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri di sini menamatkan teka-teki sama ada beliau bertanding atau sebaliknya sebelum ini.

Beliau yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas dua penggal di kawasan berkenaan bakal bertanding di Parlimen Padang Besar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.

“Saya akan bertanding di Parlimen Padang Besar dan DUN Titi Tinggi sebagai calon bebas,” katanya yang diiringi pencadang dan penyokong ke pusat penamaan calon di sini hari ini.

Dalam pada itu, proses penamaan calon kerusi Parlimen Padang Besar dan lima kerusi DUN di kawasan tersebut berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

Perarakan calon dan penyokong Pakatan Harapan (PH) antara yang terawal tiba di pusat penamaan calon iaitu pada pukul 8.13 pagi.

Diikuti calon-calon DUN dan Parlimen daripada BN pada pukul 8.20 pagi sebelum ketibaan calon-calon PN pada pukul 8.30 pagi bersama penyokong mereka.

Calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan) pula tiba pada pukul 8.33 pagi manakala calon dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dari blok Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding di DUN Titi Tinggi hadir tiga minit kemudian.

Setakat pukul 9.30 pagi, seramai 24 calon Parlimen dan DUN tiba di pusat penamaan calon di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya