Wujudkan setiausaha Parlimen jika kecilkan saiz kabinet

Wujudkan setiausaha Parlimen jika kecilkan saiz kabinet

AZALINA Othman Said melakukan tinjauan mesra sempena Majlis Penyerahan Geran Kepada Generasi Kedua Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pengecilan saiz Kabinet merupakan tindakan baik, namun dalam masa sama perlu memperbanyakkan jawatan timbalan selain perlu mewujudkan semula jawatan setiausaha Parlimen.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, banyak negara mewujudkan Kabinet mereka dengan mengambil kira 10 hingga 20 peratus daripada kerusi dimenangi.  

“Kalau 222 kerusi dalam banyak negara 20 peratus sahaja (ahli Kabinet), kalau jumlah 222 mungkin 22 orang. Kalau 10 peratus kerusi menang 100 lebih mungkin sekitar 12 ke 13 orang sahaja (menteri).

“Terpulanglah yang penting banyakkan jawatan timbalan, wujudkan setiausaha Parlimen, sebab menteri Kabinet ini kadang-kadang macam kita ada menteri kanan, bolehlah gabung dalam banyak tajuk kementerian,” katanya selepas melakukan walkabout sempena Majlis Penyerahan Geran Kepada Generasi Kedua Felda Air Tawar 5, dekat sini.

Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen untuk mengecilkan saiz Kabinet dengan keanggotaannya turut diisi oleh tenaga teknokrat sekiranya BN memenangi PRU15.

Azalina yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yakin pengecilan saiz Kabinet tidak akan memberi kesan ke atas kecekapan pentadbiran kerajaan kerana Malaysia mempunyai pegawai kerajaan yang profesional dan mereka boleh melaksanakan arahan dan tugas dengan baik.

Dalam pada itu beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pengerang turut mencadangkan kepada kerajaan yang bakal memerintah negara selepas PRU15 supaya mewujudkan manual Kabinet supaya tugas dan tanggungjawab menteri, timbalan dan setiausaha Parlimen dapat dinyatakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya