Warisan berdepan saingan lima penjuru di Parlimen Sepanggar

Warisan berdepan saingan lima penjuru di Parlimen Sepanggar

Mohd. Azis Jamman berarak bersama penyokong parti menuju ke pusat penamaan calon di Pusat Pembelajaran Bandaraya, Kingfisher di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parlimen Sepanggar yang menjadi antara kawasan panas di negeri ini menyaksikan saingan lima penjuru apabila kesemua calon selesai mengemukakan dan menandatangani borang pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Calon-calon berkenaan ialah Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan); Datuk Yakub Khan (BN), Jumardie Lukman (KDM), Mustapha Sakmud (PKR) dan Yusof Kunchang (Pejuang).

Kesemua nama calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Sepanggar, Abdul Mukti Muchlish tepat pukul 10 pagi tadi.

Calon-calon tersebut mengemukakan borang pencalonan masing-masing di Pusat Pembelajaran Bandaraya, Kingfisher di sini.

Sebelum itu, kesemua calon berarak bersama penyokong menuju ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan berkenaan.

Pada PRU-14 lalu, Mohd. Azis menang kerusi itu dengan undi sebanyak 28,420 menewaskan calon BN yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya