Warga emas nyaris dipatuk ular kali kedua

Warga emas nyaris dipatuk ular kali kedua

ANGGOTA BSYJM membantu menangkap ular tedung selar yang masuk ke dalam rumah penduduk di Kampung Kalai, Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Peristiwa dipatuk ular tedung selar beberapa tahun lalu sehingga terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kembali bermain di fikiran ketika ular jenis sama menyelinap masuk ke rumahnya, semalam.

E Pon Indin Prom Tong, 63, yang ditinggal di Kampung Kalai, di sini berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia baru masuk ke bilik tidur sebelum menyedari bunyi pelik dari arah dapur.

“Saya cuba mencari arah bunyi itu, tiba-tiba ternampak kelibat seperti sebatang tubuh bersisik warna hijau yang bersinar sedang bergerak di bawah rak pinggan mangkuk,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, setelah nampak jelas seekor ular tedung selar yang panjang kira-kira enam meter, dia segera berlari keluar dan meminta pertolongan jiran sebelum mereka menghubungi Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) untuk membantu menangkap ular tersebut.

“Ketika melihat ular tedung selar yang beratnya kira-kira 100 kilogram itu, serta-merta saya teringat peristiwa beberapa tahun yang lalu, saya pernah koma selama tiga hari di ICU akibat terkena patukan ular tedung senduk sami.

“Malam ini sekali lagi ular jenis sama masuk ke dalam rumah, nasib baik saya tersedar cepat dan segera melarikan diri, jika tidak saya tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya saya terus terlelap dan tidak terjaga daripada tidur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi BSYJM, Mahadzir Abdul Hamid berkata, setelah mendapat panggilan tersebut, beliau bersama empat anggotanya segera menuju ke rumah mangsa.

“Usaha menangkap ular tedung selar itu agak sukar kerana kedudukannya terletak di bawah rak pinggan dan susunan kabinet dapur yang padat. Ular itu berjaya dijinakkan dan ditangkap setelah kami bertungkus-lumus kira-kira sejam,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya