Warga emas baru keluar hospital jadi individu pertama mengundi

Warga emas baru keluar hospital jadi individu pertama mengundi

AHMAD Jazlan Yaakub (kanan) beramah mesra bersama seorang warga emas Nora Mohd Zin yang berkerusi roda selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang warga emas yang baharu keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan sakit buah pinggang tetap bersemangat menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, di sini hari ini.

Nora Mohd. Zain, 62, yang berkerusi roda menjadi warga emas pertama mengundi selepas tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang pukul 7.30 pagi tadi.

Dia kemudian selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi kira-kira pukul 8.08 pagi dengan bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nora berkata, dia bersyukur kerana masih berpeluang melaksanakan tanggungjawab untuk keluar mengundi pagi ini malah segala urusan mengundi hari ini sangat lancar dan dipermudahkan.

“Apa yang saya harapkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini adalah sebuah kerajaan yang stabil dan makmur. Itu sahaja harapan saya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

PRU15 di Parlimen Machang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Barisan Nasional) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Pas) Dr. Rosli Allani S. Abdull Khadir (Pakatan Harapan) dan Mejar (B) Muhamad Seman (Gerakan Tanah Air).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi Parlimen Machang dimenangi Ahmad Jazlan dengan majoriti 2,824 undi menewaskan calon Pas, Zulkifli Mamat dan Pakatan Harapan, Datuk Sazmi Miah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya