Wakil rakyat berkualiti lebih penting - Johari - Utusan Malaysia

Wakil rakyat berkualiti lebih penting – Johari

Johari Abd, Ghani menyantuni seorang penduduk ketika mengadakan lawatan rumah ke rumah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

kUALA LUMPUR: Pemilihan wakil rakyat yang berkualiti lebih penting ketika ini daripada hasrat seseorang untuk menjadi Perdana Menteri.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, wakil rakyat berkualiti mampu memberikan pandangan bernas khususnya dalam aspek ekonomi bagi membantu memajukan masyarakat dan negara.

Katanya, beliau tiada masalah dengan hasrat Khairy Jamaluddin yang ingin menjadi Perdana Menteri.

“Kalau ramai orang menyokong dia, kenapa tidak? Tak ada masalah tetapi soalnya sekarang ialah kita berdepan dengan situasi tentang mahu dapatkan 222 ahli Parlimen yang berkelayakan, kompeten dan berpengalaman untuk membangunkan semula ekonomi negara kita yang terjejas.

“Satu orang tak boleh buat, kita perlukan satu pasukan, sepasukan ahli Parlimen yang mempunyai pandangan sama, bakat yang sama, kebolehan yang sama untuk membangunkan negara ini,” katanya selepas membuat lawatan rumah ke rumah di lorong Datuk Keramat, di sini, semalam.

Khairy Jamaluddin yang bertanding Parlimen Sungai Buloh dalam satu ceramah Selasa lalu berkata, beliau ingin memimpin UMNO suatu hari nanti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya