DOHA: Beberapa aksi spontan WAGs (isteri atau teman wanita pemain) England yang terakam semasa menonton perlawanan pasangan mereka, merumuskan suasana sebenar yang dirasai penonton apabila Three Lions seri dengan Amerika Syarikat, semalam.
Perlawanan yang berakhir 0-0 itu menyaksikan pasangan pemain pertahanan, Kyle Walker, Annie Kilner menahan menguap, manakala teman wanita Aaron Ramsdale, Georgina Irwin bergelut untuk mengekalkan perhatian.
Bukan itu sahaja, ramai WAGs turut terganggu dengan tingkah laku teman wanita pemain tengah Jack Grealish, Sasha Attwood yang dilihat bermain telefon sambil kakinya diletakkan di atas kerusi di hadapan.
Pasangan Eric Dier, Anna Modler dilihat tersenyum sambil memakai baju England, begitu juga isteri Harry Maguire, Fern Maguire.
Penyokong England dilihat muram dengan keputusan mengecewakan ekoran kegagalan pasukan itu mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Piala Dunia lebih awal.
Pengurus pasukan, Gareth Southgate menggunakan kesebelasan utama yang sama ketika membenam Iran 6-2, Isnin lalu.
Amerika Syarikat lebih bersemangat dan mengancam, malah mendapat peluang terbaik pada minit ke-30, namun sepakan Weston McKennie melepasi palang.
Bintang Chelsea, Christian Pulisic juga hampir menggegar jaringan pada minit ke-32 namun berjaya dihalang Jordan Pickford.
England bergelut untuk mencari rentak sepanjang perlawanan dan perlu bangkit berdepan
Wales, minggu depan. – AGENSI