[VIDEO] 'Sudah cukup, tunggu jemputan' - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Sudah cukup, tunggu jemputan’ – Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang ketika meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan gabungan berkenaan menunggu jemputan Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, PN juga telah memperoleh jumlah sokongan Ahli Parlimen melebihi daripada majoriti yang ditetapkan.

“Tunggu dijemput, diundang bila-bila masa sahaja. Ya tunggu sahaja.

ABDUL Hadi Awang ketika meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara. – UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

“Sudah cukup (sokongan Ahli Parlimen), melebihi daripada cukup. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita ketika meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

Terdahulu beberapa buah kenderaan dipercayai membawa pimpinan beberapa parti dilihat memasuki dan meninggalkan kediaman Muhyiddin sejak pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang kemudian meninggalkan kawasan berkenaan pada pukul 1.15 petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya