[VIDEO] Penyokong PH berkumpul, polis tingkat kawalan

[VIDEO] Penyokong PH berkumpul, polis tingkat kawalan

PASUKAN Tempur Ringan (LSF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal di hadapan pintu dua, Istana Negara hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan susulan kira-kira 100 penyokong Pakatan Harapan berkumpul di pekarangan pintu dua, Istana Negara di sini. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan perkara itu.

“Kita akan meningkatkan kawalan keselamatan,” ujarnya ringkas di sini hari ini. 

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih 20 anggota polis pasukan unit tempur ringan (LSF) berkawal di hadapan pintu dua, Istana Negara.

Langkah itu berikutan  hampir 100 penyokong Pakatan Harapan (PH)  mula berhimpun dengan melaungkan slogan ‘reformasi’.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat memberi masa untuk Seri Paduka membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dalam masa terdekat.

Seri Paduka bertitah supaya rakyat bersabar dan bersifat rasional selain perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta.

Titah Al-Sultan Abdullah, rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil-wakil rakyat dan Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya