PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara, di sini sebentar tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan dinaiki Muhyiddin diiringi pegawainya dan polis pengiring kira-kira pukul 4.08 petang ini.
KENDERAAN membawa Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara. – UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN
Beberapa minit selepas itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution juga tiba di pintu 2 Istana Negara. – UTUSAN