KUALA LUMPUR: Pengamal media mula berkumpul di pekarangan pintu dua Istana Negara sejak pagi ini.
Setakat pukul 11 pagi ini, tiada kelibat kenderaan membawa ketua parti politik untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
PEKARANGAN pintu dua Istana Negara dengan media menunggu gabungan politik mengemukakan nama calon PM. – UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN
Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 2 petang ini.
Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi Seri Paduka mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti. – UTUSAN