Undi awal: 2,504 polis Melaka tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

Undi awal: 2,504 polis Melaka tunai tanggungjawab

PEGAWAI serta anggota polis yang hadir pada proses pengundian awal di Dewan Serbaguna IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi pegawai dan anggota polis negeri ini berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini sejak pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, seramai 2,504 pegawai dan anggota akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing di 24 pusat pembuangan undi (PPU).

“Mengikut pecahan, seramai 860 orang mengundi di IPK Melaka diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah 764 orang, IPD Alor Gajah (623) dan IPD Jasin (227).

“Secara keseluruhan, Kontinjen Melaka terdapat sebanyak 24 PPU dan daripada jumlah itu juga, 19 PPU akan beroperasi sehingga 12 tengah hari,” katanya kepada pemberita.

Zainol selesai mengundi untuk PRU15 pada pukul 9.20 pagi di IPK Melaka.

Tambahnya lagi, seramai 50 pegawai dan anggota telah membuang undi seawal pukul 8 pagi tadi, sebelum melaksanakan tugas membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, sepanjang 10 hari berkempen, polis menerima sebanyak 10 laporan membabitkan jenayah khianat, namun setakat ini hanya lima kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya