UMNO tetap tak gabung PH

UMNO tetap tak gabung PH

ISU kerjasama BN-PH adalah satu bentuk propaganda dan isu lapuk yang sengaja diulang semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO tidak akan berganjak dari keputusan untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) terutama DAP walau apa jua keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagaimana pernah diputuskan dalam perhimpunan Agung UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, apatah lagi mengambil kita politik UMNO adalah untuk jangka masa panjang dan kebersamaan bersama DAP hanya akan membuatkan rakyat terutama orang Melayu hilang kepercayan kepada UMNO.

Menurut beliau, isu kerjasama Barisan Nasional (BN)-PH adalah satu bentuk propaganda dan isu lapuk yang sengaja diulang semula semata-mata mahu membunuh karakter seseorang bagi menggambarkan kononnya BN mempunyai perjanjian dengan PH.

“Itu semua isu lapuk yang kita kena ketepikan dan kita percaya BN telah hampir untuk menubuhkan kerajaan 19 November ini.

“Apa yang disebarkan adalah tuduhan yang sudah lama diulang-ulang, itu hanya pemainan media pembangkang, DAP, PH termasuk Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas berhubung ura-ura kerjasama antara UMNO dan PH mula tersebar meluas sejak tularnya rakaman perbualan antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama UMNO dan PH dengan Anwar sebagai perdana menteri.

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini juga menegaskan bahawa kerjasama dengan BN tidak akan berlaku sama sekali.

Razlan berkata, UMNO mempunyai struktur parti yang tersusun, maka apa sahaja yang mahu dibawa sebagai perjanjian dasar parti mesti melalui proses-proses seperti mesyuarat dan Perhimpunan Agung UMNO.

Dalam isu itu, beliau berkata, keputusan mesyuarat MKT dan Perhimpunan Agung UMNO lalu masih dipegang bahawa tidak akan ada kerjasama dengan PH.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada banyak agensi dan risikan-risikan dan mereka mengatakan bahawa BN akan menubuhkan kerajaan selepas keputusan PRU15 esok.

Katanya, kajian berkenaan dibuat sekian lama dan pandangan rakyat sebelum Parlimen bubar sudah diperoleh bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak kembali kepada PH.

“PN pula rakyat melihat satu kegagalan semasa mereka melaksanakan operasi Covid-19 dan pelbagai isu lain. Kajian ini dibuat sebelum bubar dan sekarang ini ia tidak banyak berbeza,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya