UMNO Johor tegas tidak kerjasama dengan DAP - Utusan Malaysia

UMNO Johor tegas tidak kerjasama dengan DAP

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO Johor tegas dengan pendirian parti tidak akan menjalin kerjasama politik dengan DAP dalam usaha menubuhkan Kerajaan Pusat yang baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata,  pihaknya menerima dan menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi BN Johor berkata, keputusan itu jelas dan menzahirkan kematangan rakyat dalam mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

“Keputusan PRU15 merupakan isyarat jelas rakyat kepada UMNO dan BN. Oleh demikian, UMNO Johor percaya bahawa Presiden UMNO akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

“Buat masa sekarang, keutamaan parti politik adalah membentuk koalisi politik yang stabil dan kerajaan yang berfungsi serta moderat untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa depan. Oleh yang demikian, UMNO Johor berpendirian bahawa koalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Justeru, katanya, pemilihan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan UMNO.

“Keyakinan pengundi kepada parti ini perlu segera dipulihkan agar UMNO kembali diyakini semua rakyat Malaysia. Melangkah ke depan, UMNO dan BN Johor akan terus diperkukuh. Oleh itu, keputusan PRU15 di Johor akan diteliti secara mendalam agar penambahbaikan dapat segera dilakukan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya