Ular tedung selar 3.35 meter ditangkap di bawah dapur

Ular tedung selar 3.35 meter ditangkap di bawah dapur

ULAR tedung selar berukuran 3.35 meter panjang ditangkap anggota bomba di Kampung Kuala Lentang, Lipis, Pahang. - IHSAN BALAI BOMBA KUALA LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Bunyi bising ayam berkokok di bawah rumah seorang penduduk Kampung Kuala Lentang, di sini, kelmarin rupa-rupanya menandakan kehadiran seekor ular tedung selar.

Siti Esah Ishak berkata, dia terkejut mendengar kokokan ayam ternakannya yang semakin lama semakin kuat di bawah rumahnya ketika sedang berada di dapur.

“Apabila saya melihat bawah rumah, seekor ular tedung selar sedang melingkar dan mengangkat kepalanya apabila terdengar suara ayam.

“Saya menjerit memberitahu jiran dan dia terus menghubungi Balai Bomba Kuala Lipis untuk meminta bantuan,” katanya di sini semalam.

Siti Esah berkata, dia tidak tahu berbuat apa-apa dan berasa takut kerana pertama kali melihat ular tedung selar bersaiz besar menceroboh kawasan rumahnya.

“Nasib baik anggota bomba bertindak pantas menangkap ular tersebut setelah mereka tiba dan berasa bersyukur kerana semuanya selamat ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, seramai lapan anggota ke kampung itu dan ketika tiba seekor ular tedung selar didapati sedang melingkar di bawah rumah berdekatan ruang dapur wanita tersebut.

“Tugasan menangkap ular tersebut menggunakan dua alat penjerut dan operasi selesai kira-kira 20 minit kemudian.

“Ular tedung selar sepanjang 3.35 meter ini dimasukkan ke dalam karung dan dilepaskan ke habitat asal,” katanya.

Menurut Haslizan, reptilia tersebut dipercayai keluar dari kawasan semak berdekatan untuk mencari makanan di kawasan rumah penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya