UiTM di tangga ke-104 QS Asia University Ranking 2023

UiTM di tangga ke-104 QS Asia University Ranking 2023

KEDUDUKAN UiTM meningkat kepada 104 QS Asia University Ranking 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UiTM berbangga atas kejayaannya mencapai kedudukan ke-104 atau dalam kalangan 14 peratus universiti teratas di Asia seperti disenaraikan dalam laporan QS Asia University Rankings (AUR) 2023. 

Keputusan QS AUR 2023 yang dikeluarkan awal hari ini menilai 757 institusi, dengan 34 peserta baharu memasuki senarai pada tahun ini.

Menurut Unit Korporat UiTM, kedudukan keseluruhan UiTM juga meningkat daripada 105 pada tahun lepas kepada 104 pada tahun ini dan jelas menunjukkan momentum peningkatan berterusan sejak tahun 2018. 

“Pada peringkat nasional pula, UiTM kini berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan 36 universiti yang tersenarai.

“Antara 11 indikator yang diukur oleh QS AUR adalah reputasi majikan yang kekal sebagai indikator terbaik UiTM dengan kedudukan ke-61 pada peringkat serantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, UiTM juga menambah baik kedudukannya untuk indikator reputasi akademik dengan mencapai kedudukan ke-68, sekaligus membuktikan pencapaian tinggi institusi tersebut bagi kedua-dua indikator QS AUR ini.

Katanya lagi, penambahbaikan yang ketara juga direkodkan untuk skor ‘faculty-student ratio’, jumlah pelajar antarabangsa dan pertukaran pelajar yang masuk dan keluar.

Sementara itu Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, sebagai universiti awam yang komprehensif di Malaysia, pihaknya berbangga dengan keupayaan UiTM untuk mengekalkan trend peningkatan kedudukan universiti secara konsisten. 

“Usaha untuk mengekalkan kedudukan sesebuah universiti bukan sesuatu yang mudah. Namun, pencapaian ini jelas membuktikan bahawa kami berada di landasan yang betul ke arah mencapai status menjadi Globally Renowned University menjelang 2025,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya