Tunku Putera Johor selamat dalam kemalangan

Tunku Putera Johor selamat dalam kemalangan

TUNKU Abu Bakar terlibat dalam kemalangan pada pusingan kelayakan GT World Challenge Australia di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dipandu ketika pusingan kelayakan GT World Challenge Australia terbabas dan terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, hari ini

Walau bagaimanapun, Tunku Abu Bakar tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.

Memandu lebih 200 kilometer sejam melalui bahagian McPhillamy Park litar itu, Tunku Putera hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta Mercedez Benz GT3 yang dipandunya itu terbalik.

Orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat Tunku Abu Bakar berjaya mengeluarkan diri dari kereta dan menunjukkan tanda ‘peace’ kepada para penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan, demikian disiarkan dalam laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Oleh kerana kerosakan yang dialami, Tunku Abu Bakar dan rakan sepasukan Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada saingan perlumbaan ‘endurance’ tiga jam esok.

Dalam perkembangan lain, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan Broc Feeney akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering, bermula dari petak kedua grid.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa syukur dan turut memberikan kata semangat kepada anakanda baginda.

“Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.

“Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok dan ia merupakan penampilan pertama Tunku Putera di litar itu. Dia dan Tunku Panglima menunjukkan potensi serta persembahan yang baik. Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya