Tunku Mahkota Kedah selamat diijab kabul - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Kedah selamat diijab kabul

TUNKU Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin bersama pasangan, Che Puan Nur Julie Ariff.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin selamat diijab kabul dengan pasangan, Che Puan Nur Julie Ariff, semalam.

Baginda berdua dinikahkan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman, Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali menerusi kenyataan memaklumkan, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.

“Menurut Perkara 30 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, Sultan Sallehuddin telah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.

“Sultan Sallehuddin juga telah mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan tersebut dengan gelaran Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff,” katanya.

Tambah Norizan, pangkat kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah itu berkuat kuasa serta-merta mulai semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya