Tujuh penjuru di Parlimen Alor Setar - Utusan Malaysia

Tujuh penjuru di Parlimen Alor Setar

TUJUH calon Parlimen Alor Setar (dari kiri), Tan Chee Hiong; Simon Ooi Tze Min; Afnan Hamimi Taib Azamudin; Mohamad Nuhairi Rahmat; Sofan Feroza Md. Yusup, Fadzil Hanafi dan Nordin Yunus yang diumumkan secara rasmi berentap pada PRU15 di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Buat julung kali Parlimen Alor Setar menyaksikan pertembungan calon terbanyak iaitu tujuh penjuru melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan dan dua calon bebas.

Calon PN daripada Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudin mendahului proses penamaan calon yang bermula pukul 9 pagi di Kompleks Dewan Belia dan Sukan, di sini hari ini.

Proses menghantar borang penamaan itu diikuti oleh calon Pejuang, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat; Warisan, Datuk Fadzil Hanafi; BN, Tan Chee Hiong dan PH, Simon Ooi Tze Min.

Dua calon bebas yang turut berentap ialah Datuk Nordin Yunus dan Sofan Feroza Md. Yusup.

Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud mengumumkan pihaknya menerima secara rasmi tujuh pencalonan berkenaan setelah proses penamaan ditamatkan pada pukul 10 pagi.

Kesemua calon berkenaan dan penyokong mereka berkumpul di pekarangan kompleks berkenaan seawal 8 pagi sambil membawa bendera gabungan masing-masing.

Menarik perhatian adalah maskot harimau yang dinamakan Pak Ghimau turut dibawa calon BN ketika perarakan ke kompleks berkenaan.

Pada PRU14, Parlimen Alor Setar dimenangi oleh Chan Ming Kai daripada PKR setelah mengalahkan calon BN, Yoo Wei How dan Aminur Shafiq daripada Pas dengan majoriti 15,200 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya