Tuduhan masih berjiwa UMNO satu provokasi - Rosol

Tuduhan masih berjiwa UMNO satu provokasi – Rosol

ROSOL Wahid (berdiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang penerima Bantuan Pencen Rakyat, OKU dan Ibu Tunggal di Manir, Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyifatkan tuduhan bahawa beliau masih berjiwa UMNO sebagai satu tindakan provokasi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai ‘modal dan bahan’ lain untuk menyerangnya dalam kempen PRU15,  19 November depan.

Menurutnya, tindakan penyandang kerusi Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh mengeluarkan kenyataan itu adalah untuk melemahkan moral dan semangat jentera Perikatan Nasional (PN).

“Saya sangat menghormati Tan Sri Idris Jusoh sebagai ‘sifu’ saya yang banyak mengajar cara mengurus dan juga menjadi pemimpin.

“Sebelum saya berhijrah (keluar UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia), saya sudah maklum kepada beliau dan pada peringkat awal dia bersetuju.

“Kalau dia (Idris) kata saya masih berjiwa UMNO walaupun bersama Pas, itu adalah provokasi sebab saya nampak tiada isu orang nak serang saya sejak tahun 1999 sama ada berkaitan rasuah, tidak berakhlak, isu projek dan sebagainya,” katanya kepada pemberita  selepas bertemu penerima Bantuan Pencen Rakyat, OKU dan Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di Kompleks al-Kawthar Kubang Lembek, Manir, di sini hari ini.

Semalam, Idris dalam satu kenyataannya memaklumkan beliau percaya penyokong Pas di Parlimen Hulu Terengganu masih berat hati untuk membantu kempen dan menyokong Rosol yang merupakan bekas pemimpin UMNO.

Mengulas lanjut, Rosol memberitahu, semua parti dalam PN termasuk Bersatu mempunyai kelebihan tersendiri dan tiada istilah parti kuat atau lemah kerana semua membawa manfaat dalam gabungan itu.

“Tambahan pula, saya sudah lama berkhidmat di sini dan biarlah pengundi yang menilai sendiri jasa dan pengorbanan yang dilakukan selama menjadi wakil rakyat untuk menyuarakan hasrat mereka.

Pada PRU-14, Rosol yang bertanding atas tiket BN menang dengan majoriti 2,868 menewaskan calon Pas, Muhyiddin Abdul Rashid dan calon Bersatu, Datuk Razali Idris.

Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 14 Disember 2018 dengan memberi alasan peruntukan diterima lebih banyak berbanding menjadi Ahli Parlimen UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya