Titi kayu kekal hadapi gelombang kedua

Titi kayu kekal hadapi gelombang kedua

WAN Rohaya Wan Abdullah menunjukkan titi yang dibina setinggi satu meter yang menjadi laluan semasa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Tersang masih mengekalkan titi kayu meskipun banjir termenung yang melanda kawasan rumah mereka sejak 18 hari lalu mulai kering sepenuhnya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Wan Rohaya Wan Abdullah, 32, berkata, masih terlalu awal untuk penduduk di kawasan ini berbuat demikian kerana ‘edah’ musim tengkujuh yang melanda negeri ini masih belum tamat sepenuhnya.

Menurutnya, langkah itu tersebut merupakan salah satu persediaan penduduk untuk menghadapi banjir gelombang kedua dan ketiga nanti yang dijangka berlaku pada bila-bila.

“Rata-rata penduduk di sini sudah masak dengan situasi banjir. Biasanya setiap tahun sekurang-kurangnya tiga kali kawasan ini akan ditenggelami air.

“Penggunaan titi ini amat penting semasa air naik kerana ia akan menjadi penghubung utama untuk kami keluar mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain jika perlu berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wan Rohaya memberitahu, titi kayu itu dibina sendiri oleh suaminya, Tuan Syed Mohd. Saufi Tuan Soh, 34, menggunakan kayu-kayu terpakai. Kata Wan Rohaya , suaminya mengambil masa selama sehari untuk menyiapkan titi tersebut untuk kemudahan mereka semasa waktu banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya