KUALA SELANGOR: Tindakan tiga lelaki menyerang pemandu ambulans yang membawa seorang pesakit wanita di sebuah pasar raya di sini, memakan diri apabila dicekup polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, penahanan semua suspek berusia 17 hingga 35 tahun itu dilakukan hasil laporan seorang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tanjong Karang pukul 8.40 malam.
Kata beliau, pengadu mendakwa menerima panggilan mengenai seorang wanita yang cedera di pasar raya itu.
“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 9 malam, pemeriksaan mendapati wanita itu disahkan cedera. Namun, sewaktu membawa pesakit ke ambulans, ada pihak yang menyerang pemandu ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Ramli, siasatan membawa kepada penahanan semua suspek di sekitar daerah ini, kira-kira pukul 11 malam tadi.
Punca kecederaan wanita dan kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 32 saat memaparkan petugas kesihatan yang dihalang ketika membawa seorang pesakit yang cedera.
Tamat
CAPTION
09112022-SGR-Polisserangpemanduambulans
TANGKAP layar video memaparkan petugas kesihatan dihalang ketika membawa seorang pesakit di sebuah pasar raya di Kuala Selangor, Selangor, semalam.