KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pas, mendahului calon lain dengan majoriti sebanyak 22,846 dalam pengiraan undi bagi kawasan Kubang Kerian malam ini.
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (BN) dengan 5,782,Pakatan Harapan (PH), Prof Dr. Wan Ahmad Kamil Abdullah 4,300 dan Mohamad Rizal Razali (Gerakan Tanah Air) dengan 281 undian.
Setakat pukul 10.04 malam tadi sebanyak 80 peti undi dari 197 peti undi selesai dikira. – UTUSAN