[TIDAK RASMI] Tok Mat mula langkah kanan di Rembau

[TIDAK RASMI] Tok Mat mula langkah kanan di Rembau

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Rembau setakat pukul 8.59 malam tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat memperoleh 6,827 undi, mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha yang memperoleh 2,956 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus yang memperoleh 2,392 undi.

Dua lagi calon, iaitu S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia) dan Ramly Awalludin (Pejuang) masing-masing memperoleh 82 dan 62 undi.

Setakat pukul 8.59 malam tadi, sebanyak 12,319 undi telah dikira, berbanding 133,555 jumlah pengundi berdaftar.

Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Khairy Jamaluddin dari BN dengan majoriti 4,364 undi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya