REMBAU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendahului empat calon lain di Parlimen Rembau.
Setakat pukul 9 malam ini dan selepas 31 peti undi dikira, Mohamad kini memperoleh sebanyak 6,827 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha pula mendapat 2,956 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus mendapat 2,392 undi.
Calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin pula mendapat 62 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran sebanyak 82 undi.
Terdapat 133,555 jumlah pemilih di Parlimen Rembau yang melibatkan sebanyak 241 peti undi.
Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Rembau bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Sri Rembau di sini. – UTUSAN