ARAU: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim mendahului kerusi Parlimen Arau dengan 329 undi setakat 7.45 malam.
Ia diikuti Fathie Amelina Fazlie (PH) dengan 207 undi dan Datuk Rozabil Abd. Rahman (BN) dengan 161 undi selepas dua peti undi dikira.
Sebagai rekod, Shahidan yang sudah hampir 40 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008. – UTUSAN