JERAI: Keputusan tidak rasmi di Parlimen Jerai memperlihatkan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi di Parlimen tersebut, Sabri Azit mendahului tiga lagi calon lain dengan majoriti selesa 23,959 undi.
Sabri memperoleh sebanyak 35,403 undi mengatasi Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 11,444 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Zulhazmi Shariff turut memberi saingan sengit dengan mendapat undian sebanyak 10,798,manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Nizam Mahshar, 722 undi.
Parlimen Jerai menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PN, PH dan Pejuang. –UTUSAN