KEPALA BATAS : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), masih lagi mendahului untuk kerusi Parlimen Kepala Batas.
Penyandang kerusi itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memperoleh 8,924 undi, diikuti oleh calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Siti Mastura Muhammad dengan 8,473 undi manakala dua lagi calon iaitu Danial Abdul Majeed (Muda – PH) serta Hamidi Abu Hassan (Pejuang) masing-masing memperoleh 4,295 dan 243 undi.
Setakat pukul 9.20 malam ini, sebanyak 21,935 undi telah dikira, berbanding 83,081 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.
Habis