PERMATANG PAUH: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan terus mendahului dalam persaingan empat penjuru di Parlimen Permatang Pauh.
Setakat pukul 11.05 malam, Muhammad Fawwaz mendahului sebanyak 22,519 undi berbanding penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar dari Pakatan Harapan (PH) yang memperolehi 15,945 undi.
Sementara itu, Datuk Mohd Zaidi Zaidi Mohd Said (Barisan Nasional) mendapat 9,594 undi dan calon bebas, Mohd. Nasir Othman (GTA) memperolehi 212 undi. – UTUSAN