KEPALA BATAS : Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Siti Mastura Muhammad kini mendahului kerusi Parlimen Kepala Batas apabila memperoleh 21,848 undi.
Beliau mengatasi penyandang kerusi itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang memperoleh 20,414 undi, manakala dua lagi calon iaitu Danial Abdul Majeed (Muda – PH) serta Hamidi Abu Hassan (Pejuang) masing-masing memperoleh 11,143 dan 602 undi.
Setakat pukul 10.32 malam ini, sebanyak 115 daripada 147 peti undi telah diterima dengan 54,007 undi telah dikira, berbanding 83,081 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu. – UTUSAN