AMPANG: Calon Perikatan Nasional, Shasha Lyna Abdul Latiff melakar sejarah di Parlimen Ampang dengan mencatat undi tertinggi sebanyak 137 undi daripada 289 undi yang dikeluarkan sehingga pukul 7.30 malam.
Ia diikuti Low Yi Wen (Barisan Nasional) dengan 91 undi, Rodziah Ismail (Pakatan Harapan) (26), Datuk Zuraida Kamaruddin (Parti Bangsa Malaysia) (25), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Parti Pejuang Tanah Air) (5), Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos (Bebas) (4), Lai Wai Chong (Parti Warisan) (1) dan dua lagi calon bebas iaitu Tan Hua Meng dan M. Raveendran masing-masing kosong. – UTUSAN