BANGI: Calon Pakatan Harapan, Syahredzan Johan mendahului keputusan pengundian awal bagi Parlimen Bangi dengan majoriti 10,798.
Setakat pukul 9.00 malam ini, Syahredzan memperoleh 15,062 undi diikuti calon Perikatan Nasional, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (4,264) dan calon Barisan Nasional, Datuk Hoh Hee Lee (2,483); calon Pejuang, Annuar Salleh (190) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Chee Chee Meng (65).
Bagi calon Bebas pula, Dr. Jamal Hisham Hashim (41); Muhammad Fauzi Hasim (30) dan Prof Madya Suthan a/l Mookaiah (20).
Jumlah terbabit adalah daripada keseluruhan kira-kira 303,430 pengundi berdaftar di Parlimen Bangi. – UTUSAN