PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar sengit di Parlimen Pagoh apabila beliau meraih 9,363 undi setakat 9 malam.
Calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) itu diekori rapat oleh calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman yang meraih 8,545 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Razali Ibrahim meraih 5,357 undi. –UTUSAN