KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man ketinggalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong setakat pukul 9.50 malam.
Calon Perikatan Nasional (PN), Fakhrul Anwar Ismail memperoleh 432 undi manakala Azlan memperoleh 359 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) memperoleh 144 undi, Pejuang (33 undi); Bebas (21 undi) dan Warisan hanya 10 undi.
Dalam pada itu, PN juga mendominasi kerusi DUN di Kangar dengan mendahului Sena dan Kayang.
PN mendahului Sena 1,988 undi manakala PH mengekori dengan 1,294 undi manakala calon BN memperolehi 988 undi dan Pejuang (94 undi).
PN juga jauh mendahului di DUN Kayang dengan memperolehi 2,359 undi; BN, 1,160 undi manakala PH, 540 undi serta Warisan,33 undi.
Di Kuala Perlis dan Indera Kayangan penyandang kerusi berkenaan iaitu Nor Azam Karap dan Gan Ay Ling masih mendahului.-UTUSAN