BUKIT MERTAJAM : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng mendahului di Parlimen Bagan.
Penyandang kerusi Parlimen Bagan itu memperoleh sebanyak 7,730 undi mengatasi tiga lagi lawannya, Tan Chuan Hong – BN (MCA) yang memperoleh 935 undi, Alan Oh (PN) mendapat 1,053 undi dan Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar (Pejuang) pula memperoleh 247 undi.
Setakat pukul 7.40 petang tadi, sebanyak 10,614 undi telah dikira berbanding 89,447 jumlah pengundi berdaftar di situ. – UTUSAN