PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng mempertahan kerusi Parlimen Bagan setakat pukul 9.27 malam ini.
Walaupun belum melepasi majoriti mudah, keputusan tidak rasmi menyaksikan Guan Eng mendahului lawannya dari Perikatan Nasional (PN), Alan Oh dengan majoriti 35,151 undi.
Beliau memperoleh 40,267 undi, jauh meninggalkan Alan Oh yang memperoleh 5,116 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Tan Chuan Hong yang memperoleh undi 4,235 undi.
Seorang lagi calon dari Pejuang, Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar memperolehi 1,132 undi.
Setakat pukul 9.27 malam tadi, sebanyak 50,750 undi telah dikira, berbanding 89,447 jumlah pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Guan Eng dengan majoriti 43,902 undi. – UTUSAN