[TIDAK RASMI] Fadhlina hampir pasti tawan Nibong Tebal - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Fadhlina hampir pasti tawan Nibong Tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Keputusan tidak rasmi menyaksikan Calon Pakatan Harapan (PH) Fadhlina Sidek hampir pasti menawan kerusi Parlimen Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fadhlina mendahului sebanyak 38,286 undi berbanding penyandang terdahulu daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Mansor Othman yang ketinggalan 24,161 undi, calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri R S Thanenthiran yang memperoleh sebanyak 10,112 undi, manakala calon Bebas Goh Kheng Huat mendapat 471 undi setakat pukul 10.30 malam tadi.

Setakat pukul 10.30 malam, sebanyak daripada 159 peti undi sudah diterima daripada 171 peti undi dengan 73,030 undi telah dikira berbanding 100,130 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.

Parlimen Nibong Tebal menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, PH, PN dan Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya