TUMPAT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mendahului empat lagi calon lain di kawasan berkenaan setakat pukul 7.30 malam.
Che Abdullah memperoleh undian sebanyak 429 mengatasi calon Pas Datuk Mumtaz Md. Nawi, 384.
Calon Pakatan Harapan (PH), Wan Johari Wan Omar (194), Khairul Azuan Ibrahim dari Warisan (5) dan Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) Che Muhammad Aseri Che Ali (3). – UTUSAN