PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Sita Rahayu Baharin mendahului di Parlimen Tanjong Karang.
Calon Muda itu memperoleh sebanyak 2,399 undi berbanding empat lagi calon lain daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang dan Bebas.
Setakat 8 malam tadi, sejumlah 6,717 undi sudah dikira berbanding 62,194 pemilih berdaftar di kawasan itu. –UTUSAN