KUALA LUMPUR: Undi di Parlimen Titiwangsa menunjukkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendahului dengan meraih 1,471, diikuti Perikatan Nasional yang diwakili Dr. Rosni Adam dengan undian 834 undi.
Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad setakat ini meraih 604 undi dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mewakili parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperolehi 30 undi. – UTUSAN