[TIDAK RASMI] Amirudin mendahului di Gombak

[TIDAK RASMI] Amirudin mendahului di Gombak

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari kini mendahului lima calon lain di Parlimen Gombak dengan 17,033 undi setakat pukul 8.40 malam ini.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mendapat 11,262 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendapat 6,822 undi.

Manakala calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir memperoleh 520 undi dan seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad mendapat 132 undi.

Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, di sini.

Setakat pukul 8.40 malam tadi, sebanyak 35,769 undi telah dikira, berbanding 206,666 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya